Sunday, April 17, 2011

Burung yang boleh meniru pelbagai bunyi / suara

Menakjubkan! itulah yang mampu dikatakan kepada spesis burung yang bernama 'lyrebird' yang berkebolehan meniru apa-apa sahaja bunyi yang didengarnya. Kenapa Allah memberinya kelebihan tersebut? Sebenarnya ia adalah salah satu cara untuknya menghindarkan dirinya daripada musuh.



Tuesday, April 5, 2011

Zaman sekarang segalanya mungkin...

Anda boleh melihat sendiri dengan sedikit anugerah yang Allah bagi dapat meniru suara dan gaya presiden dan ditambah pula dengan make-up, segalanya boleh menjadi 'hampir benar'. Itu belum dimasukkan kesan khas komputer lagi, kalau tidak kita pasti bakal tertipu 110%. Sebab itu kita disaran berhati-hati bila menerima berita dari orang yang fasik kerana silap perhintungan kita akan menjadi 'penyebar fitnah yang susah dibendung' di era siber yang serba canggih ini. Bagaimana kita mahu meminta maaf kepada orang yang kita fitnah?











Ingatlah kita tidak akan hidup selama-lamanya. Segala pangkat, wang ringgit, harta bakal kita tinggalkan tidak lama lagi. Perjalanan dihadapan masih jauh lagi. Jangan perbodohkan diri kita dengan sesuatu yang sementara dan penuh tipu daya. Sebab itu Islam tetap menetapkan 4 orang saksi yang benar dalam menangani kes zina kerana dengan teknologi zaman sekarang apa-apapun boleh berlaku. Fikir-fikirkanlah..

Thursday, November 4, 2010

Manusia Pra Sejarah.. Adakah sebagaimana yang digambarkan?

Biasanya selepas habis kuliah saya dan rakan-rakan bersembang di warung sambil berbicara secara ilmiah dan juga santai. Dan topik ini adalah yang dibangkitkan oleh salah seorang sahabat saya dan saya rasa bagus untuk kita sama-sama kongsi pandangan yang menarik tersebut.




Kita semua sedia maklum setelah didedahkan melalui pembelajaran di sekolah bahawa manusia awalnya melalui beberapa zaman. Dibahagikan beberapa fasa seperti zaman batu dan sebagainya. Apa yang barat gambarkan.. manusia ketika itu sangat tidak bertamadun, bercawat, memburu serta memakan daging mentah. Ilustrasi di atas adalah sesuatu yang biasa dan melekat kemas di dalam otak pemikiran kita. Tapi benarkah begitu keadaannya sejak nabi Adam dahulu?

Terlebih dahulu mari kita lihat kandungan Al Quran. Antara yang terkandung di dalamnya adalah kisah-kisah para nabi termasuklah nabi Adam semenjak diturunkan dari syurga hinggalah kepada Nabi Muhammad saw. Tidak ada pun menceritakan perihal manusia di zaman batu atau sebagainya. Yang ada antaranya adalah kehebatan kerajaan Nabi Sulaiman, Firaun, Namrud dan kesemua kisah tersebut terbukti dengan peninggalan kesan-kesan sejarah mereka yang mengagungkan.




Setiap zaman mempunyai teknologi mereka sendiri. Zaman firaun misalnya..kalau tidak masakan mereka mampu membina piramid yang begitu hebat. Maknanya ketika itu sudah wujud teknologi yang menjadi misteri sehingga kini. Bagaimana mereka boleh menguasai teknologi tersebut. Sekarang mari kita berbalik kepada nabi Adam...

Nabi Adam sebelum diturunkan ke bumi tinggal di dalam 'syurga'. Syurga adalah satu tempat yang tiada tandingannya baik dari segi apapun di dunia ini. Yalah ia adalah sesuatu yang 'tidak pernah terlintas oleh hati, dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga'. Kalau kita berhujah secara bodoh sudah tentulah teknologinya 'Mega Super Ultra Modern'. Jadi Nabi Adam telah melihat semua ini dan melaluinya.

Bila Nabi Adam berada di dunia adakah beliau lupa terus teknologi-teknologi ini tanpa menyebarkan kepada keturunannya?. Sebab usia beliau sangat lama bukan seperti sekarang. Adakah baginda bercawat? tak mungkin... jadi nampaknya sudah lama kita semua di tipu oleh barat selama ini.

brazil650.jpg

Timbul satu persoalan? Bagaimana pula yang ada di papua New Guinea, Amazon, Burma, Filipina, Irian Jaya dan sebagainya.. tidakkah ia menggambarkan teori barat itu betul? Jawapan kepada persoalan tersebut ialah.. apakah tidak mungkin dalam arus yang moden, ada yang lari darinya dan inginkan kehidupan yang tersendiri di dalam hutan dan seterusnya beranak pinak di sana.

Bruno Manser adalah contoh terbaik, orang barat dari negara maju yang menjalani kehidupan bersama suku kaum penan di Sarawak. Semua itu tidak mustahil berlaku.

Sekarang mana yang anda lebih percaya.. Quran atau Orang Barat?


*Kesemua gambar diambil dari Google.

Sunday, September 19, 2010

Teknologi yang tidak terbatas

Kini anda boleh membuat filem sendiri dari rumah dengan hanya menggunakan kamera sahaja.
Blog Widget by LinkWithin